Surprise Me!

Budak Ijat | Episod 9

2019-07-09 25 Dailymotion

Tok Mat marah dan halau Budak Ijat balik. Keesokan hari, Budak Ijat pergi ke rumah Tok Mat nak minta maaf tetapi terkejut bila tengok ada pagar kawat duri sedang dipasang kelilingi rumah Tok Mat. Rupanya, Tok Mat baru saja pasang kawat duri sekeliling rumah dan pacakkan tanda yang tidak benarkan kanak-kanak kecil masuk ke kawasan rumahnya. Budak Ijat nak minta maaf pada Tok Mat tapi Tok Mat buat taktau saja.

Kak Ila dan Budak Ijat pergi ke Pasar Ramadan. Di situ mereka terserempak dengan Kadir yang sedang jual madu Yaman. Kadir cuba pikat Kak Ila yang juga suka melayan Kadir. Budak Ijat marah dan suruh Kak Ila lekas-lekas balik.

Tok Imam kecik hati dan tak datang surau selepas insiden ceramah semalam. Dia minta ustaz kampung sebelah ganti dia sekejap. Tok Mat hairan bila Tok Imam macam merajuk dan taknak cakap dengan dia.
Mak Der ajak Razak jadi ejen jualan untuk barang korset lelaki. Sebagai balasan, Razak kena jadi model korset Mak Der.

Buy Now on CodeCanyon